Kampung Kindasan merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman Keningau, Sabah. Dengan kepadatan penduduk yang kurang daripada 10 orang pada suatu ketika dahulu, kini meningkat kepada lebih kurang 60 orang. Dengan berkeluasan kira-kira 8 ekar, kampung ini dikenali kerana keindahan alam flora dan fauna. Pada awalnya, keseluruhan kawasan kampung ini hanyalah sebuah hutan yang tebal dan penduduk ketika itu hidup secara berasingan. Sehinggalah seseorang yang dikenali sebagai Timugon dan keluarganya berhijrah daripada sook ke kawasan ini, yang pada ketika itu masih tidak mempunyai nama. Merujuk kepada nama kampung asal beliou iaitu kampung Kindasan, sook yang kini juga dikenali sebagai Kampung Kindasan 1, beliou menamakan kawasan tersebut sebagai kampung Kindasan, Keningau yang kini juga dikenali sebagai kampung Kindasan 2. Dengan penghijrahan keluarga Timugon ini, maka sedikit demi sedikit penduduk di kawasan ini mula bertambah dan sehinggalah menjadi sebuah perkampungan yang bukan sahaja kaya dengan alam flora dan fauna tetapi mula mambangun dengan pelbagai kemudahan.
Pokok Mangga(Pahu) - Dipercayai ditanam ketika kampung ini ditubuhkan
Balai Raya lama yang kini boleh dijadikan sebagai tempat penginapan
Balai Raya baru kampung Kindasan
Chapel ST. Michael, Kindasan
Sungai yang terdapat di Kg. Kindasan (Ogumu Sada hiti!!)
Setiap hujung tahun Kg. Kindasan merupakan tumpuan penduduk untuk menyambut tahun baru, bukan sahaja dari penduduk kampung kindasan sendiri tetapi juga kampung Bomboi, Kampung Menawo dan Kampung Kilampun. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program tersebut.