Kopisanangan
Selamat Datang
Welcome
Yokoso

Pertama sekali, Selamat datang dan Terima kasih kerana meluangkan masa mengunjungi Tusak@Blogspot.com Kopogulu ponsikou kumaa minamangun sabap solinaid ku doh siwonsoi diti BLOG, baino nowonsoi nodi.. Alansan oku doh miampai do BLOG diti kopiamung tokou noh daa id suang piombolutan.. Ponsikou..
p/s; sila download mozilla Firefox di sini untuk paparan yang lebih baik..tq.

Aug 4, 2012

50 Cara Kekal Kebahagiaan

50 Panduan bagi mengekalkan perkahwinan bahagia :-
  1. Mulakan setiap hari baru dengan kucupan.
  2. Pastikan anda memakai cincin perkahwinan setiap masa.
  3. Adakan temu janji seminggu sekali.
  4. Terima perbezaan pasangan.
  5. Lemah lembut.
  6. Bersikap jujur.
  7. Memberi hadiah kepada pasangan sekali sekala.
  8. Selalu memberi senyuman kepada pasangan.
  9. Sentuhan tangan.
  10. Bercerita mengenai mimpi.
  11. Pilih lagu yang boleh anda nyanyikan bersama pasangan.
  12. Sentiasa bersikap memberi dan menerima dengan pasangan.
  13. Belajar untuk ketawa bersama pasangan.
  14. Sesekali buat kejutan dengan menghantar kad kepada pasangan anda.
  15. Buat apa yang pasangan anda mahukan sebelum dia meminta daripada anda.
  16. Menjadi pendengar yang baik.
  17. Sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada pasangan.
  18. Buat apa yang dicadangkan oleh pasangan untuk menggembirakan hatinya.
  19. Belajar untuk tahu keperluan dan minat pasangan anda.
  20. Sesekali suami boleh menyediakan sarapan untuk isteri.
  21. Memuji pasangan anda sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  22. Telefon untuk bertanya sama ada pasangan anda sudah makan atau memberitahu anda sayangkannya.
  23. Jangan bersikap gopah-gapah.
  24. Sentiasa bersabar.
  25. Biasakan memeluk pasangan anda.
  26. Sentiasa mendengar dan memberi pandangan.
  27. Tunjukkan sikap hormat.
  28. Sentiasa menunggu pasangan pulang ke rumah.
  29. Sentiasa memberi yang terbaik untuk pasangan.
  30. Tidak salah sesekali mengelip mata kepada pasangan.
  31. Sambut hari jadi atau ulang tahun perkahwinan bersama.
  32. Sentiasa memaafkan pasangan anda.
  33. Bersikap menerima sebarang kelemahan pasangan anda.
  34. Sentiasa mewujudkan suasana romantis.
  35. Sentiasa bertanya "Apa yang boleh saya lakukan untuk membuat anda gembira".
  36. Sentiasa berpandangan positif.
  37. Baik hati.
  38. Mudah menyesuaikan diri.
  39. Sentiasa bertindak pantas terhadap kehendak pasangan.
  40. Selalu bercakap mengenai cinta.
  41. Sentiasa berusaha mencari masa sesuai bersama.
  42. Sentiasa bersikap baik dengan rakan dan saudara mara pasangan anda.
  43. Menghantar bunga pada hari jadi atau ulang tahun perkahwinan.
  44. Mengaku apabila berbuat kesalahan.
  45. Sentiasa peka dengan kehendak seksual pasangan anda.
  46. Sentiasa berdoa kepada pasangan anda setiap hari.
  47. Melihat matahari terbenam bersama setiap hari.
  48. Katakan, "Saya sayangkan kamu" selalu.
  49. Sebelum tidur, peluk pasangan anda.
  50. Minta bantuan orang luar hanya apabila memerlukan.
"RUMAH TANGGA TIDAK AKAN JADI SYURGA DENGAN SENDIRI, PASANGAN PERLU BERUSAHA"

No comments: